Ambil Saja Tidak Apa-Apa

Semua ini dunia semata
Pergi nanti tinggal segala
Bergaduh setara mana pun tak guna
Kalau dah jelas semuanya milik Dia

Yang disini semuanya
Milik Tuhan segala
Aku taip saja
Kau nak copy paste aku tidak apa-apa
Kau nak cakap copy right kau yang punya pun aku rela
Tiada lagi cacat celanya 
Cukup lagi makan pakainya

Aku tak kisah bukan sebab bajet bagus
Bukan juga syok sendiri layan perasaan
Harapnya aku cuma satu
Moga kau sendiri faham
Dengan makna apa yang terhidang

No comments:

Post a Comment