Pagi

Alarm pada telefon berbunyi
Automatik potong stim pada mimpi
Yang aku sendiri tak pasti
 
Gosok mata
Bingkas bangun capai tuala diampaian
Tarik nafas dalam-dalam
Sambil melangkah lemah gemalai menuju kesitu
Lantas mata ini segera terpaku
Lihat pemandangan mendamaikan jiwa
Nampaknya unggas bangkit lebih awal dari aku
 
Aku seperti hari-hari kelmarin
Angkat tangan keatas kebawah
Lompat bintang lapan kali
Singkir lemak yang sudah sebati

Puas hati dengan warm up
Aku berlalu pergi ke kamar mandi
Siap sedia sucikan diri
Untuk hadap dunia hari ini

No comments:

Post a Comment