Tahun Baru

Habis meeting tadi
Aku terus ke kubikal elak dipelawa makan
Niat nawaitu sekarang diet atkins
Moga dipermudahkan cara

Dah sampai dekat kubikal
Apa lagi online jelah kerjanya
Update post satu dua
Simpan stok dekat draf saja

Aku tengok satu berita
Mengenai UAI jelas isunya
Sambil menggeleng kepala
Nampak bodoh sangat orang yang buat cerita

Aku bukan nak belah mana-mana
Tapi kalau benda gini
Akan ramailah reporter tak bertauliah duduk bercerita
Soal aib dan diaibkan semua jadi bahan cerita
Dicanang diroti sampai lali

Bukan nak kata
Tapi percayalah
Korang semua akan rasa buang masa
Bila tengok cerita sebegitu naik dilaman sosial
Macam takde cerita berfaedah je untuk tatapan dunia

Akhir kata
Fikirkanlah diawal bulan mulia ni
Buat bertaubat banyak-banyak
Beratkan timbangan pahala tu lagi baik

2 comments:

  1. kenapa UAI? nampak sangat saya dah lama x bukak fesbuk.
    moga Allah jaga aib kita

    ReplyDelete
  2. UAI ada dalam skandal video lucah,,,org nak fitnah..mcm2 blh buat...

    ReplyDelete