Pengorbanan

Semalam telefon emak
Tanya khabar moga dia selamat
Dari kejauhan kirim rindu
Semoga sampai masa kita ketemu

Dalam perbualan tersebut
Aku ada mention pasal jarak
Aku mohon emak bersabar
Sikit masa lagi aku bakal merdeka

Inilah dunia aku
Daily sibuk bekerja
Weekly berkejaran ke kelas
Memang tiada masa untuk diri

Diakhir perbualan
Aku cakaplah
"Mak, tahun depan orang dah habis belajar,"
"Semuanya akan kembali sedia kala"
"Masa terluang nanti memang untuk mak."

Dan emak aku cuma membalas
"Nak tunggu habis belajar dulu?"
"Kalau masa tu mak dah takde macam mana?"

Ya Tuhan
Air mata bercucuran
Aku tak tahu mana satu paip dimata aku yang bocor
Sumpah! Aku terdiam
Mohon masa itu tiba
Aku masih ada emak

1 comment:

  1. saya juga pernah melalui pengalaman yang serupa..

    semoga Allah panjangkan usia awak & juga ibu. semoga Allah juga melindungi kalian berdua sentiasa.
    Amin.
    member's 175

    ReplyDelete