Katanya

Minggu lepas
Habis defense proposal untuk fyp
Aku lepak dekat masjid sebab tak solat asar lagi
Kalau pecut balik rumah mesti tak sempat
Jadi singgah masjid dulu selesaikan hak yang wajib tu

Lepas solat aku sandar dinding belakang
Penatnya masih terasa lagi
Perasaan gemuruh tu masih ada
Kini aku faham perasaan satu lawan enam tu macam mana
Walau macam mana pun aku bersyukur
Proposal aku diterima pakai oleh mereka-mereka
Terima kasih saja mampu aku kata
Semoga Tuhan membalas selebihnya

Tengah syok sandar kat dinding
Ada sorang makcik menghulur tangan pada aku
Fikirku mungkin dia juga tetamu masjid ini seperti aku
Layankan sajalah sebab hak wajib sudah dilunaskan
Berukhuwah yang dah lama aku tinggalkan

Makcik tu rancak mengajak aku berborak
Aku kurang senang sebab dalam masjid
Rasa serba salah pun ada
Aku sebolehnya mahu jaga adab sebagai tetamu rumah Tuhan
Apakan dayaku yang lemah lagi hina ini
Belum mampu tepis silap yang aku tahu itu silap

Tengah rancak makcik tu berborak
Dia tanya aku belajar course apa
Jadi aku katakan sajalah Software Engineering
Aku terang guna bahasa orang tua boleh faham
Bukan apa, pernah terjadi pada mak aku sendiri
Terang bagai nak gila sayangnya tak faham
Kes sebegitu aku alih terang guna bahasa pasar
Agar mudah difahami senang untuk bayang

Lepas aku terang tu
Makcik tu bingkas bangun dari sebelah aku
Marah sungguh rupanya masa tu
Sebelum dia melangkah pergi
Sempat lagi dia bagi setepek dua ayat dekat aku
Dia kata dengan dengusan nada keras
"Sebab orang macam kamulah, orang macam kami ni takde kerja"
"Anak aku menganggur mati sebab diberhentikan kerja"
"Orang macam kamulah seksa orang bawah macam kami"

Aku terpinga tak tahu apa
Tiba-tiba jadi
Macam aku dah buat salah besar saja
Nasib baiklah waktu tu takde orang
Kalau tidak malulah juga rasanya

Bila dalam kereta
Aku mula berfikir
Ada betulnya juga kata-kata makcik tu
Syarikat swasta dan kerajaan semua dah guna sistem
Masing-masing ikut arus peredaran dunia IT
Untuk mudahkan kerja bagi teratur
Jadi memang ada segelintir yang dah tolak tepi buruh dalam kerja
Namun tak semualah kan

Bagi makcik tu
Aku tumpang simpati
Kalau ada rezeki kita jumpa lagi
Aku nak minta maaf kalau dia terasa hati
Aku takde niat nak buat dia kecil hati
Buat makcik di masjid yang aku jumpa tu
"Yang belajar macam nak gila ni belum tentu lagi dapat kerja"
"Rezeki Tuhan dah agih molek cantik"

No comments:

Post a Comment