Pak Menteri

Kalau ada peluang
Aku teringin lepak dengan pak menteri
Chill lepak-lepak sambil hirup kopi
Sambil-sambil tu nak tanyalah satu dua benda
Nak tahu apa job description dia yang sebetulnya?
Apesal gaji dia mahal dari buruh yang banting tulang sampai mati tu?
Kenapa mewah sangat kereta rumah dia?

Bukan cemburu
Cuma nak tahu
Usaha kuat?
Serasa kami sudah
Pak turut?
Selalu sangat buat

Kami masih begini
Harta kami habis pada kerajaan punya kroni
Cukai subsidi naik sana sini
Semua kerana pak menteri

2 comments:

  1. eh sama la., aku pun klu bleh nk gak lepak2 ngan dorang.,
    tp nk ker dorang lepak kt gerai tepi jalan.,
    jawapnya tggu "RAYA" la.,
    tu pun klu bjumpa., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Dorang refuse lepak warung sama macam ego pak menteri yang tak nak turun dari gelanggang politikus :)

      Delete